BAB 7

7.1 Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan

Campur tangan kuasa barat di negara kita membawa perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan. Perubahan tersebut menyebabkan masyarakat tempatan tidak berpuas hati kerana kehilangan hak dan kedudukan mereka. Oleh itu, mereka bangkit menentang kuasa British di negara kita melalui beberapa strategi penentangan.

Penentangan masyarakat tempatan :

Matlamat >

- mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran tradisional sebagaimana sedia ada

- menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup rakyat tempatan

Bentuk penentangan >

- penentangan bersenjata

- mencabar perjanjian

- menggunakan sistem perundangan

Penentangan bersenjata >

Penentangan masyarakat tempatan terhadap British diketuai oleh golongan bangsawan tempatan dan pemimpin agama yang tidak berpuas hati dengan pembaharuan yang dibuat oleh British. Golongan ini menentang British dengan nekad melalui penentangan bersenjata.

1) Abad ke - 19

1. Penentangan Dol Said di 

Naning

Latar >

- Abdul Said bin Omar (Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said)

- dilahirkan pada tahun 1773 dan berasal dari suku Semelenggang

Sebab penentangan >

- menentang bayaran cukai hasil tahunan dengan kadar 1/10 yang dikenakan oleh British

- beliau mendakwa Naning adalah sebuah negeri yang merdeka

Peristiwa penentangan >

- beliau bermuafakat dengan pemimpin Rembau dan mengadakan pakatan dengan orang Melayu dari wilayah lain untuk menentang British Antaranya termasuklah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau, Pembesar Seri Menanti, Penghulu Gemeceh, Dato' Kelana Sungai Ujong, Penghulu Remai dan Rechat, Penghulu Linggi, Johol dan Ulu Muar

- pakatan tersebut barjaya mengumpul kira kira 4000 orang hulubalang Melayu untuk menentang British

- pada tahun 1831, dalam Perang Naning Pertama, Dol Said dan pengikutnya berjaya mengalahkan British

- permuafakatan Dol Said dengan pembesar Melayu lain tidak kekal lama. British berjaya memecahbelahkan pakatan tersebut

- dalam Perang Naning Kedua pada tahun 1832, Yamtuan Rembau dan pembesar lain enggan memberikan bantuan kepada Dol Said

- British berjaya menakluki Taboh pusat pentadbiran Naning dan menyatukan Naning dan Melaka

2. Penentangan Yamtuan Antah di Negeri Sembilan

Latar >

- Tunku Antah ialah anak Raja Radin Yamtuan Besar Negeri Sembilan (1833 - 1861)

- pada tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menantu

Sebab penentangan >

- beliau menentang campur tangan British di Sungai Ujong kerana menggugat kedaulatan bangsa

- beliau bimbang British akan meluaskan kuasa ke wilayah sekitarnya

Peristiwa penentangan >

- beliau memimpin 4000 orang pengikutnya menentang Dato' Kelana yang disokong oleh pasukan tentera British

- British berjaya mengalahkan angkatan Yamtuan Antah di Paroi dan Bukit Putus

- pada tahun 1876, beliau berunding dengan Gabenor Negeri negeri Selat, Willian Jervouis. Melalui rundingan tersebut, British melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti

3. Penentangan Dato' Bahaman di Pahang

Latar >

- Abdul Rahman bin Imam Noh dikenali sebagai Dato' Bahaman

- dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara

Sebab penentangan >

- beliau menentang British di Pahang kerana kehilangan hak mengutip cukai dan pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya

Peristiwa penentangan >

- pada tahun 1891, beliau melancarkan gerakan menentang British dengan bantuan Tok Gajah (Imam Perang Rasul) dan Mat Kilau

- pada tahun 1894, Dato' Bahaman dan pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai

- British bertindak balas menghantar Kolonel Walker dan berjaya menawan semula Jeram Ampai

- Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan dan Terengganu. Peristiwa ini menandakan berakhirnya Perang Pahang

4. Penentangan Rentap di Sarawak

Latar >

- nama asal ialah Libau

- Rentap bermaksud penggoncang dunia

- lahir pada tahun 1800

- juga digelar sebagai Raja Ulu dan Raja Darat

- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

Sebab penentangan >

- Rentap dituduh oleh James Brooke sebagai lanun

- James Brooke menghapuskan petempatan orang Iban

Peristiwa penentangan >

- pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang. Dalam serangan ini, Alan Lee, pegawai James Brooke terkorban

- pada tahun 1854, James Brooke menyerbu kubu Rental di Sungai Lang. Rentap mengundurkan diri ke Bukit Sadok

- pada tahun 1857, Charles Brooke menggempur Rentap di Bukit Sadok. Rentap berjaya mengundurkan pasukan Charles Brooke

- pada tahun 1858, Charles Brooke menggempur kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali kedua

- pada tahun 1861, Charles Brooke menggempur kubu Rentap di Bukit Sadok buat kali ketiga

- Rentap berundur ke Entabai, beberapa tahun kemudian beliau meninggal dunia

5. Penentangan Sharif Masahor di Sarawak

Latar >

- Sharif Masahor ialah pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang

- beliau dilantik oleh Sultan Abdul Mumin Brunei pada tahun 1949

- berasal dari Kampung Igan

Sebab penentangan >

- kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke

- beliau mahu mengusir James Brooke dan mengembalikan kuasa penbesar tempatan yang terjejas

Peristiwa penentangan >

- pada tahun 1860, Sharif Masahor mengadakan pakatan sulit dengan Dato' Patinggi Abdul Gapor dan Pengiran Temenggung Hasim Jalil dari Sadong untuk menggulingkan Dinasti Brooke di Kuching

- beliau mengajak orang Melayu dan Dayak menyertai pasukan tersebut

- Sharif Masahor menggunakan jalan laut untuk menyerang Kuching dari arah barat

- Dato' Patinggi Abdul Gapur pula melancarkan serangan dari arah timur

- Brooke mematahkan serangan ini menggunakan kapal perang dan senjata moden

- Kedua dua tokoh ini telah dibuang negeri oleh Brooke

2) Abad ke - 20

1. Penentangan Tok Janggut di Kelantan

Latar >

- nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Hassan bin Munas

- lahir pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

- Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan di Makkah

Sebab penentangan >

- beliau menentang kekerasan pentadbiran Encik Abdul Latiff, Kerua Jajahan Pasir Puteh

- beliau menentang peraturan cukai yang diperkenalkan pada tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah

- beliau bersemangat jihad menentang British

Peristiwa penentangan >

- pada 29 April 1915, Tok Janggut mengadakan mesyuarat di Kampung Tok Akib bagi memboikot pengenalan cukai oleh British

- Tok Janggut merancang menyerang Pasir Puteh dan mendapat sokongan daripada Haji Said, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol

- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh Saring

- dalam pertempuran tersebut, Tok Janggut terkorban

2. Penentangan Mat Salleh di Sabah

Latar >

- nama sebenar ialah Mohammad Salleh dan dilahirkan di Inanam Sabah

- berketurunan Bajau dan Suluk

Sebab penentangan >

- Mat Salleh menentang tindakan SBUB yang mengambil alih hak memungut cukai sehingga menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa

- Mat Salleh cuba mengadakan rundingan dengan SBUB, namun gagal. Sebaliknya, Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB

Peristiwa penentangan >

- pada bulan Julai 1897, Mat Salleh menyerang pusat pentadbiran British di Pulau Gaya. Beliau membina kubu di Ranau

- pada bulan November 1897, Mat Salleh menyerang Ambong

- pada tahun 1898, Cowie mengadakan rundingan dengan Mat Salleh di Menggatal. Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan

- walau bagaimanapun, SBUB tidak menepati janji dan mengambil alih pentadbiran Tambunan pada tahun 1899

- pasukan tentera SBUB menyerang kubu Mat Salleh di Teboh, Tambunan secara besar besaran

- pada tahun 1900, Mat Salleh gugur dalam pertempuran di Tambunan

3. Penentangan Mat Sator di Sabah

Latar >

- Mat Sator merupakan orang kanan dan Ketua Leftenan Mat Salleh yang bertanggungjawab melindungi kubu Mat Salleh di Tibabar

- beliau juga pemimpin Kadazandusun di Tambunan

- beliau turu dikenali sebagai Mat Jator

Sebab penentangan >

- memperjuangkan kedaulatan tanah air

- beliau meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Sallehbpada tahun 1900

Peristiwa penentangan >

- Mat Sator membina kubu di Kampung Kapayan Lama Tambunan berhampiran kubu Mat Salleh di Tibabar

- kubu tersebut dibina bertujuan melambatkan serangan British

- pada tahun 1900, British berusaha menamatkan kebangkitan Mat Sator dan Mat Salleh

- Mat Sator dan pengikutnya berundur ke Sungai Sunsuron

- pada bulan April 1900, Mat Sator berjaya menawan Kudat. Namun begitu, British menyerang balas yang menyebabkan beliau terkorban

Mencabar perjanjian >

British campur tangan di negeri negeri Melayu melalui pelbagai strategi dan disahkan melalui perjanjian yang dimeterai dengan pemerintah tempatan. Raja raja Melayu menyedari bahawa kehadiran Residen dan Penasihat British bukan setakat memberikan nasihat tetapi cuba memerintah. Oleh sebab itu, muncul pemerintah tempatan yang cuba mencabar perjanjian tersebut.

Dato' Maharaja Lela

Latar >

- Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis yang berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi

- beliau ialan Orang Besar Berlapan Perak yang mentadbir Pasir Salak

Sebab penentangan >

- Dato' Maharaja Lela bangkit menentang British kerana Residen British mengambil alih kuasa Sultan, pengambilan hak mengutip cukai dan Residen British yang mencabuli adat resam orang Melayu

Peristiwa penentangan >

- pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah R.C. Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan Perjanjian Pangkor. Namun begitu, usahanya gagal

- rentetan itu, beberapa mesyuarat sulit diadakan antara Sultan Abdullah dengan pembesarnya bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W. Birch

- pada 2 November 1875, J.W.W. birch diiringi oleh Leftenan Abbott, Mat Arshad, jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba di Pasir Salak untuk menampal perisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British

- kesempatan tersebut digunakan oleh Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch

- J.W.W. birch dibunuh pada 2 November 1875

- pada tahun 1877, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut dan Siputum dijatuhi hukuman gantubg sampai mati oleh British

- Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Ngah Ibrahim dibuang negeri

Menggunakan sistem perundangan >

Gerakan kebangkitan menentang sistem pentadbiran British di Terengganu berlaku pada tahun 1922, pada tahun 1925 dan seterusnya pada thun 1928. Ciri yang menarik dalam gerakan Kebangkitan Tani di Terengganu ini ialah kebijaksanaan pemimpinnya menggunakan sistem perundangan dan agama untuk menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British.

Latar >

- ketua gerakan Kebangkitan Tani ialah Haji Abdul Rahman bin Badul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau Haji Abdul Rahman Limbong

- keluarganya berasal dari Patani dan Terengganu

- beliau lahir pada tahun 1868 dan meninggal dunia di Makkah pada tahun 1929

Sebab penentangan >

- Haji Abd Rahman Limbong menentang pengenalan pentadbiran Barat di Terengganu dan menolak undang undang tanah yang berlawanan dengan hukum syarak

Peristiwa penentangan >

- Haji Abdul Rahman Limbong memohon Lesen Wakil (pleader) untuk menjadi wakil kepada tertuduh

- beliau bertindak sebagai peguam bagi mewakili penduduk Ulu Telemong menentang pihak kerajaan yang diwakili oleh renjer hutan

- kegagalan pihak peguam cara (pendakwa) dan hakim menjelaskan pertanyaan Haji Abdul Rahman Limbong menyebabkan perbicaraan ditangguhkan dan berakhir tanpa keputusan

- akhirnya, perbicaraan ditamatkan dengan keputusan berpihak kepada Haji Abdul Rahman Limbong

- apabila berlaku Kebangkitan Tani 1928, British menangkap beliau atas tuduhan menghasut

- beliau dibicarakan dan dibuang negeri ke Makkah


7.2 Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan

Sistem pentadbiran Barat memberikan kesan kepqda kuasa pemerintahan dan kehidupan masyarakat negara kita. Mereka kehilangan kuasa dari segi mentadbir dan hubungan luar, kuasa perundangan dan kuasa kewangan.

Kesan terhadap kuasa pemerintahan :

1. Pentadbiran tempatan

Negeri Sembilan >

- British mula meluaskan kuasanya di Sungai Ujong pada tahun 1874 dengan menyebelahi pembesar tempatan, Dato' Kelana. British menggugat kewibawaan dan mencabar kedudukan Yamtuan Antah. Seterusnya menguasai Rembau, Jelebu dan Seri Menanti dengan cara menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil. Menjelang tahun 1895, British menyatukan semua daerah dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan

Pahang >

- pembentukan daerah di bawah pentadbiran Pemungut Cukai dan Majistret menyebabkan hilangnya kuasa pentadbiran pembesar di daerah masing masing. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan daripada Dato' Bahaman. Tindakan British ini memalukan beliau dan menyebabkan berlakunya kebangkitan menentang British di Pahang

Sarawak >

- bagi mengukuhkan kuasanya di Sarawak, Brooke melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran. Pembesar Melayu yang berpengalaman, misalnya Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik mentadbir Sarawak untuk memudahkan Brooke menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan

Perak >

- Residen British yang pertama di Perak ialah J.W.W. Birch. Beliau menggunakan tekanan supaya Sultan Abdullah menandatangani surat pengisytiharan yang membolehkan Residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan. Tindakan J.W.W. Birch memyebabkan Sultan Abdullah dan pembesarnya kehilangan kuasa

Sabah >

- pentadbiran SBUB menggugat kedudukan Mat Salleh. Dalam satu rumdimgan antara Mat Salleh dan Willian Cowie, Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan. Kemudian, SBUB memungkiri janji dengan mengambil semula Tambunan daripada penguasaan Mat Salleh. Hal ini mencabar kuasa dan kewibawaan Mat Salleh

Terengganu >

- pelantikan Penasihat British di Kuala Terengganu dan Penolong Penasihat British di Besut dan Kemaman menggugat kekuasaan sultan dan pembesar. Hubungan luar negeri pula ditetapkan oleh British

Kelantan >

- pembentukan jajahan dan pelantikan ketua jajahan sebagai pentadbir telah mengambil alih kuasa pembesar. Pusat pentadbiran jajahan Pasir Puteh telah dipindahkan dari Jeram ke Pasir Puteh. Engku Besar Jeram hanya diberi jawatan yanag rendah iaitu Tok Kweng Muda

2. Perundangan tempatan

Naning >

British berusaha melaksanakan undang undang Barat di Naning. Tindakan British mencabar bidang kuasa penghakiman yang dimiliki oleh Dol Said dan mengganggu sistem perundangan Naning yang berlandaskan Adat Pepatih

Perak >

Pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Larut mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim mentadbir kerana beliau diminta menerima nasihat daripada Kapten Speedy

Pahang >

Konflik antara Dato' Bahaman dengan British di Pahang menjadi lebih serius apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua. Tindakan British menyrbabkan kedudukannya sebagai penguasa undang undang tergugat

3. Kewangan tempatan

Perak >

Pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch di Kuala Sungai Perak menyebabkan Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim dan pembesar Perak terjejas pendapatan mereka

Pahang >

Dengan pengenalan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil, Dato' Bahaman dan pembesar lain yang berkuasa di Semantan tidak dibenarkan memungut cukai. Mereka ditawarkan elaun bulanan yang sangat kecil. Misalnya, Dato' Bahaman ditawarkan elaun $70.00 sahaja sebulan. Para pembesar Pahang tidak berpuas hati dengan elaun tersebut dan membantah tidak akan mematuhi keputusan Majlis Mesyuarat Negeri

Kesan terhadap kehidupan masyarakat :

Cukai terhadap petani di Pasir Puteh =

Sebelum pentadbiran British >

- kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran

- tanah yang tidak diusahakan, dikecualikan daripada cukai

Selepas kedatangan British >

- setiap penduduk mesti melaporkan jumlah keluasan sawah padi yang dimiliki

- semua pemilik tanah diwajibkan membayar cukai

Masalah membayar cukai >

- penduduk Pasir Puteh, Kelantan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh dari tempat mereka

- bayaran cukai hanya boleh dijelaskan semasa waktu pejabat. Penduduk yang enggan membayar cukai akan ditangkap dan didenda

Bercanggah dengan nilai tempatan >

- British melaksanakan beberapa perubahan baharu dalam pentadbiran yang bertentangan dengan nilai tempatan

- cukai mesti dibayar di pejabat tanah. Mereka yang gagal mematuhi peraturan tersebut akan didenda dan jika gagal membayar denda akan dipenjarakan

Sarawak >

- pada tahun 1894, D.J.S Bailey, pegawai Brooke yang bertugas di Simanggang mengenakan cukai terhadap orang Iban di Ulu Batang Lupar

- beliau mengeluarkan arahan memusnahkan rumah panjang yang dibina di kawasan sempadan Sarawak dengan kawasan Belanda di Kalimantan

- orang Iban membantah paksaan supaya berpindah ke petempatan di sepanjang sungai utama kerana menjejaskan kegiatan tanaman lindah mereka

Sabah >

- SBUB memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan rakyat

Jenis cukai / Kadar cukai

1 ekar tanah / $1.00

Kawasan tanah melebihi 1 ekar / $2.00

Hak milik tanahbbagi setiap 0.4 hektar / 50 sen

Pokok kelapa yang menghasilkan nira / 25 sen

Segantang beras / 2 sen

Tangkapan ikan besar / $1.00 seekor

Memelihara anjing / $1.00 seekor

Layanan tidak adil >

- di Sabah, pentadbiran SBUB menindas orang Murut. Mereka dilarang membuka tanah baharu untuk pertanian pindah atau penempatan. Akibatnya, orang Murut kekurangan bekalan beras untuk makanan harian

- orang Murut dikenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan sempadan. Suami isteri orang Murut dipaksa tinggal berasingan dan dipisahkan oleh aliran sungai. Setiap kali mereka ingin berjumpa dikenakan bayaran denda $1.00 Dolar

7.3 Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat

Masyarakat tempatan bangkit menentang British menggunakan pelbagai strategi. Orang Melayu mendapat kejayaan pada awalnya sebelum British bertindak agresif menyerang balas.

Kekuatan

1. Muafakat

Dato' Maharaja Lela >

- pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor dan pembesar Melayu lain mengadakan pakatan sulit untuk menghapuskan J.W.W. Birch

- pada 21 Julai 1875, satu mesyuarat penting diadakan di Durian Sebatang. Mereka yang hadir berjabat tangan dan mengangkat sumpah tidak akan memungkiri kelutusan yang dicapai

- pada 5 September 1875, mereka mengadakan mesyuarat di rumah Dato' Sagor. Mereka bersumpah meminum air keris akan merahsiakan pakatan sulit itu

- pada 12 September 1875, mereka mengadakan mesyuarat khas pada waktu malam di Istana Sultan Ismail di Belanja

- setelah mengadakan tujuh kali mesyuarat, akhirnya mereka berjaya membunuh J.W.W. Birch di Pasir Salak

Sharif Masahor >

- berjaya menyerang Kanowit dengan bantuan Dato' Patinggi Abdul Gapur

- pakatan itu berjaya membunuh dua orang pegawai British

- Brooke tidak dapat membuktikan beliau terlibat dalam pakatan tersebut

2. Kubu pertahanan

Yamtuan Antah >

- berjaya mematahkan serangan British pada peringkat awal penentangan kerana kekuatan kubu di Paroi dan kubu Bukit Putus

- kedua dua kubu semula jadi tersebut terlalu ampuh untuk ditembusi oleh British kerana terletak di atas bukit yang tinggi

- terdapat halangan ranjau dan pokok tumbang di bahagian hadapan

- kawasan kubu tersebut berbukit bukau dan dikelilingi oleh hutan tebal

Rentap >

- berjaya mematahkan serangan Brooke sebanyam dua kali kerana keutuhan kubu Bukit Sadok

- kubu Bukit Sadok terletak di kawasan curam dan perbukitan yang tinggi

- dikelilingi oleh hutan rimba dan bukit batu kapur

- terdapat halangan kayu belian setebal dua kaki yang tidak boleh ditembusi oleh peluru

- Rentap juga menggunakan meriam 'Bujang Timpang Berang'yang diperbuat daripada besi

Mat Sator >

- Mat Sator mempunyai kubu yang dikenali sebagai Kota Mat Sator yang terletak di Kampung Kapayan Lama, Tambunanbyang terletak berdekatan dengan Kota Mat Salleh di Tibabar

- kedudukan kota ini strategik kerana terletak di tebing Sungai Sunsuron yang membekalkan sunber air

- kota ini menjadi pusat tinjauan kegiatan British

3. Persenjataan

Dol Said >

- beliau memperoleh bantuan angkatan tentera dari Rembau dan wilayah yang menjadi jiran Naning

- angkatan tersebut menggunakan senapang jenis flintlock dan snider riffles ketika membuat serangan hendap terhadap tentera British

- beliau juga menggunakan meriam kecil (lela rentaka) yang mudah dibawa ke medan pertempuran

4. Perundangan

Haji Abdul Rahman Limbong >

- beliau memohon lesen pleader untuk membela para petani Terengganu di mahkamah dengan menggunakan hujah agama

- beliau menyatakan bahawa tanahbyang dikerjakan oleh mereka ialah 'Hak allah SWT' dan rakyat bebas mengerjakannya tanla perlu membayar cukai

- beliau berhujah, sistem percukaian yang diperkenalkan oleh British adalah berlawanan dengan hukum syarak

- melalui perbicaraan tersebut, beliau menuntut hak mengerjakan tanah harus mengikut hukum agama Islam

Kelemahan

1. Penentangan bersenjata

Yamtuan Antah Pejuang Terbilang >

- British menggunakan meriam yang besar untuk menghacurkan kubu pertahanan Yamtuan Antah

- beliau kehabisan peluru dan kekurangan ubat bedil

- British berjaya menawan Paroi dan Bukit Putus

- Yamtuan Antah berundir ke Johor

Rentap Wira Bukit Sadok >

- Brooke berjaya menewaskan Rentap dalam serangan ketiga (1861)

- Brooke menggunakan meriam tembaga 'Bukit Sadok' dan angkatan tentera yang lebih besar

- Brooke berjaya menawan Bukit Sadok

- Rentap berundur ke Entabai

2. Ancaman perundangan barat

Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Masyarakat Tani Terengganu >

Kebangkitan Tahun 1922

- petani di Kuala Terengganu menentang peraturan baharu dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran

Kebangkitan Tahun 1925

- seramai 300 hingga 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong dan membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan tanpa pas kebenaran

Kebangkitan Tahun 1928

- berlaku Kebangkitan Tani di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang

- mereka mengisytiharkan perang terhadap British, menduduki balai polis, menduduki bangunan kerajaan dan mengibarkan bendera merah di Kuala Berang

- Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap lalu dibicarakan di Kuala Terengganu

- beliau dijatuhi hukuman buang negeribke Makkah atas kesalahan menghasut

3. Gagal mentafsir perjanjian

Dato' Maharaja Lela Pahlawan Melayu >

- tindakan Sultan dan pembesar Perak untum mencabar Perjanjian Pangkor menemui kegagalan

- usaha membatalkan perjanjian tersebut perlu mendapat sokongan British

- pembesar Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk meneliti Perjanjian Pangkor

4. Tipu muslihat

Tok Janggut Pejuang Jihad >

- British mendesak Sultan Muhammad IV Kelantan supaya mengisytiharkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya sebagai penderhakaan terhadap Sultan Kelantan

- muslihat British ini berjaya menakutkan rakyat supaya tidak menyokong atau menyertai perjuangan Tok Janggut

Mat Salleh Pahlawan Sabah >

- SBUB menggunakan tipu muslihat untuk melemahkan perjuangan beliau

- dalam Rundingan Perdamaian Menggatal (1898), SBUB membenarkan beliau mentadbir daerah Tambunan

- pada tahun 1899, SBUB mengambil alih pentadbiran Tambunan

Kegagalan Penentangan Masyarakat Tempatan

1. Penentangan bersifat tidak setempat > tidak meluas ke seluruh negeri

2. Sokongan > tidak menyeluruh, kurangnya sokongan daripada pihak istana

3. Kelemahan teknologi > senkata Barat lebih canggih berbanding dengan senjata yang digunakan oleh masyarakat tempatan

4. Kelemahan strategi > British menggunakan pelbagai strategi untuk mengatasi kebangkitan masyarakat tempatan seperti kekuatan tentera, senjata moden, memecahbelahkan pakatan, menggunakan istana dan tipu daya

5. British berpakat dengan Belanda > kedua dua pihak bekerjasama untuk memadamkan kebangkitan masyarakat tempatan

6. Faktor istana > British menggunakan istana untuk memadamkan kebangkitan masyarakat tempatan


7.4 Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan

Penentangan masyarakat tempatan membei kesan kepada kedua dua belah pihak, iaitu kesan kepada pentadbiran British dan kesan kepada masyarakat tempatan.

Kesan terhadap pentadbiran British >

- kerugian akibat peperangan

- British lebih berhati hati dalam sistem pentadbiran

- British merombak semula skim penempatan pegawai

- pemantapan kuasa barat

Kesan terhadap masyarakat tempatan >

- pemerintah dan pembesar tempatan terkesan

- kedudukan raja dan pembesar Melayu diberi perhatian

- menjadi inspirasi kepada pejuang kemerdekaan tanah air

Popular posts from this blog